Posts

Sekitar Pertandingan Catur Bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia Kali Ke 7 2018

Image
Pada 6 Oktober 2018 telah berlangsung dengan jayanya Pertandingan Catur Bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia & Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia Kali Ke 7 2018 bertempat Dewan KL Braille Resources. Bermula jam 9.00 pagi pertandingan telah dimulakan dengan pertandingan berlangsung 6 pusingan. Sebanyak 3 kategori telah dipertandingkan iaitu kategori penglihatan B1, kategori campuran (penglihatan B2/B3 / pendengaran) dan kategori fizikal. Pertandingan catur ini telah berakhir pada pukul 4 petang dan di sambung pula dengan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan kali ke 7.      Senarai Pemenang Pertandingan Kategori Penglihatan B1 Johan : Azril B Che Ibrahim Naib Johan : Mohamed  Johar B Johari Ke 3 : Khusaini B Saimon Kategori Campuran (Penglihatan B2/B3/Pendengaran) Johan : Saharuddin B Mappa Naib Johan : Saiful Azham B Othman Ke 3 : Hj S

KURSUS KELAYAKAN ASAS PEGAWAI CATUR PARALIMPIK

Image
          HEBAHAN : PENANGGUHAN KURSUS KELAYAKAN ASAS PEGAWAI CATUR PARALIMPIK Dimaklumkan bahawa Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia akan menganjurkan kursus  kelayakan asas pegawai  catur paralimpik namun disebabkan sedikit permasalahan kursus ini yang dijadualkan pada 12&13 Oktober 2018 terpaksa di tunda seperti ketetapan berikut:           Program : KURSUS ASAS KELAYAKAN PEGAWAI CATUR PARALIMPIK           Tarikh    : 2&3 November 2018           Tempat  : Institut Latihan MAKPEM, Bandar Baru  Sentul, Kuala Lumpur. Matlamat kursus ini adalah untuk melahirkan pegawai-pegawai pengurusan catur paralimpik negara yang berwibawa dari segi pengetahuan undang-undang permainan catur, teknikal pengurusan dan penyelenggaraan peralatan pertandingan di samping peka terhadap keperluan khas setiap kategori atlet paralimpik. Sukacita dengan ini, dijemput anda yang berminat untuk menyertai kursus tersebut dengan mengisi borang yang disediakan. Kumpulan

Pertandingan Catur Bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia Kali Ke 7 2018:

Image
Pertandingan Catur Bersempena  Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia Kali Ke 7 2018:     Tarikh                : 6 / 10 / 2018     Hari                   : Sabtu     Masa                 : 8 Pagi - 4 Petang     Kawalan masa  : 25 minit     Tempat              : Dewan KL Braille Resources, No 12 Jalan Pelangi, 51100 Kuala Lumpur Kategori B1,  B2/B3,  Fizikal/Pendengaran  Normal Hadiah hamper untuk pemenang setiap kategori dari tempat pertama hingga ke 3 Tiada yuran pendaftaran dan hanya untuk ahli PCOKUM. Perdaftaran boleh hubungi firdaus di 0134871304/0340322111 . Boleh whatsapp n ama, no I/C, no tel dan kategori Daftar sebelum 1 /10 / 2018

Perginya Penggiat dan Pelopor Catur OKU di Malaysia, International Arbiter (IA) Haji Abdul Latiff Mohamad

Image
International Arbiter (IA) Haji Abdul Latiff Mohamad (12/3/1948 -  20/9/2018) Dunia catur amnya dan  Persatuan Catur Orang Upaya Malaysia  khasnya merasa kehilangan besar dengan pemergian Naib Presiden PCOKUM yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 20 September 2018 (pada malam Jumaat) lebih kurang jam 9.00 malam di Hospital Ampang, Selangor.  Jasa beliau amat besar yang telah mencetuskan gerakkan seawal tahun 1987 bagi membangunkan pertandingan catur secara kompetitif khas untuk golongan OKU. Puncak kecemerlangan perjuangan beliau dalam tempoh 30 tahun menyaksikan tertubuhnya sebuah persatuan kabangsaan catur bagi orang kurang upaya, manakala acara catur telah menyumbang rekod 9 emas pada temasya sukan Asean Para Games, Kuala Lumpur 2009. Warga catur OKU merasa kehilangan seorang yang sangat komited, progresif dan dedikasi dalam menjayakan aktiviti catur disamping gurau senda beliau sepanjang pertandingan yang beliau bertindak sebagai arbiter, jurulatih mahup

KEJOHANAN CATUR BERPASUKAN GRANDPRIX 2013

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Catur OKU Malaysia akan menganjurkan grandprix catur berpasukan pada bulan Disember ini, Piala pusingan beserta hadiah iringan yang menarik akan ditawarkan kepada pemenang. Yang layak menyertainya ialah 6 pasukan yang bejaya mengumpul markah tertinggi hasil daripada circuit bulanan. Circuit pertama akan dimulakan pada hari sabtu 20hb April 2013 jam 9.00 pagi bertempat di Caring Cafe’ No 12 jalan pelangi 18, Taman Pelangi, Sentul. Yang ingin mengambil bahagian hendaklah membentuk pasukan yang terdiri 3 orang pemain 2 orang daripadanya hendaklah OKU, Yuran pendaftaran  RM 60.00. Sila mendaftar dengan menghubuni En Hassan ditalian 013-3905764  atau Cik Atika 03-40322111. 1.TARIKH/MASA :   20 April 2013   9.00 pagi   -   5.00 petang 2.VENUE: Catering Cafe, Kuala Lumpur. 3.ACARA: Berpasukan, Tiga orang pemain sahaja,                   (2 orang daripadanya hendaklah OKU) 4.YURAN PENYERTAAN: RM 60.00 5.HADIAH: Piala pusingan beserta

PERTANDINGAN CATUR BRAILLE, 2012

Image
Adalah di maklumkan bahawa KL Braille Resources dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan Pertandingan Catur Braille, 2012. Matlamat kejohanan catur ini adalah bertujuan merapatkan hubungan silaturahim antara pemain catur OKU dan normal selain dari menyediakan peluang aktiviti sukan catur untuk semua pemain catur. Tarikh     : 04 November 2012  Tempat   :  Stadium Tertutup Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur Masa       :  8.00 pagi - 5.30 petang Pendaftaran :  8.00 pagi - 8.45 pagi / Pusingan pertama : 9.00 pagi Pertandingan ini terbahagi kepada  dua kategori  iaitu: 1.  Kategori Individu Cacat Penglihatan.  Secara individu Kawalan masa 45 minit sehingga tamat permainan. 5 pusingan Yuran penyertaan - percuma 2. Kategori Berpasukan Terbuka. Sebuah pasukan mempunyai 4 orang pemain Kawalan masa 25 minit sehingga tamat permainan. Min 6 pusingan Yuran penyertaan - RM50 / pasukan Hadiah